Berita Paten

Apple Mempatenkan Penggunaan Logo Apple Bernyala Untuk Pemberitahuan Notifikasi


Apple mempunyai pelbagai paten yang didaftarkan di bawah mereka. Melalui paten yang telah didaftarkan, ia memberikan satu pengetahuan mengenai ciri atau fungsi berdasarkan idea mahu pun sumbang saran yang mungkin akan diimplementasi dan diintegrasikan pada produk Apple dalam masa hadapan. Namun, kesemua bergantung pada keadaan dan jenis produk yang dilancarkan oleh Apple.

Berdasarkan dokumen paten yang diterbitkan oleh US Patent and Trademark Office (USPTO) pada hari khamis yang lepas memperlihatkan, sebuah paten baharu yang dikemukakan oleh Apple mengenai perkakasan produk. Berdasarkan deskripsi paten tersebut, menunjukkan litar kawalan mengenai tindak balas kepada pemberitahuan notifikasi seperti penerimaan panggilan atau peringatan kalendar yang akan menghasilkan visual pada logo untuk pengetahuan pengguna.

Dengan ini, Apple berkemungkinan akan menggunakan logo ikonik mereka untuk bernyala bagi suatu pemberitahuan notifikasi pada produk dan peranti mudah alih seperti iPhone. Logo Apple bernyala seperti ini mula digunakan pada komputer Mac tahun 1999 melalui PowerBook G3 tetapi Apple telah menghentikan penggunaannya selepas memperkenalkan versi komputer Mac yang baharu pada tahun 2016 yang lepas.

Sudah tentu, ini hanyalah sebuah paten yang didaftarkan sebagai hak milik Apple. Tidak semestinya ia akan terus dilaksanakan pada produk dan peranti akan datang jika waktu atau keadaan yang tidak sesuai dan mengizinkan.

Sumber: USPTO


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen