Aplikasi

Minecraft Earth Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Bulan Hadapan


Permainan berasaskan realiti terimbuh atau augmented realiti (AR) kini semakin popular dimainkan di kalangan pengguna dan terdapat pelbagai permainan iOS berasaskan realiti terimbuh yang boleh didapati di App Store. Pada Apple WWDC bulan Jun yang lepas, Microsoft telah memperkenalkan Minecraft Earth iaitu versi realiti terimbuh bagi permainan yang popular iaitu Minecraft untuk peranti mudah alih.

Menerusi akaun Twitter, Minecraft Earth mengumumkan permainan ini akan dilancarkan dan tersedia secara rasmi untuk peranti iOS dan iPadOS pada bulan hadapan. Namun menurut Engadget, pelancaran tersebut hanya tersedia bagi beberapa buah negara yang terawal sahaja. Tidak dipastikan samada negara Malaysia terpilih serta senarai negara yang dipilih juga tidak dinyatakan.

Permainan Minecraft Earth ini membolehkan pemain meneroka dan berinteraksi di dunia luar menerusi realiti terimbuh. Pemain mencipta dunia sendiri dan juga boleh bermain dengan rakan untuk pengalaman mengembara di dunia Minecraft ini. Anda boleh tonton video demo permainan Minecraft Earth ini yang berlangsung pada Apple WWDC lepas di bawah:


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen