Aplikasi

Permainan Call Of Duty: Mobile Kini Dimuat Turun Secara Rasmi


Permainan berasaskan ‘battle royale’ yang baharu iaitu Call Of Duty: Mobile kini telah dilancarkan secara rasmi hari ini dan boleh dimuat turun bermula semalam untuk pengguna peranti mudah alih. Sebelum ini, pihak Garena telah membuka pendaftaran beta bagi pengguna mencubanya sebelum pelancaran dan muat turun boleh dibuat secara rasmi.

Hadir daripada adatasi permainan PC, Call Of Duty: Mobile mempunyai pelbagai mod permainan yang ditawarkan bagi memberikan pengalaman pertempuran multi-pemain seperti deathmatch, Search and Destroy, Sniper Battle dan beberapa mod yang lain. Permainan ini adalah berasaskan freemium iaitu boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma termasuklah pembelian item dalam aplikasi.

Bagi peranti iOS, pengguna perlu pastikan mempunyai ruang yang mencukupi untuk memuat turun dan memasang aplikasi permainan ini. Saiz fail aplikasi permainan ini ialah 1.4 GB dan memerlukan penggunaan minimum iOS 9 dan ke atas pada peranti sekurang-kurangnya:

  • iPhone 6s dan seterusnya
  • iPad mini 2 dan seterusnya
  • iPad Air dan seterusnya
  • iPad generasi ke-5 dan seterusnya
  • iPad Pro 12.9-inci generasi ke-1 dan seterusnya
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPod touch generasi ke-6 dan seterusnya
[Muat turun Call Of Duty: Mobile di App Store]

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen