Berita

Celcom Menawarkan Promosi Internet Percuma Tanpa Had Selama Sejam Setiap Hari


Celcom menerusi dokumen FAQ mereka telah dikemas kini dengan penawaran promosi yang baharu untuk pengguna Xpax. Promosi tersebut ialah pemberian internet tanpa had selama sejam pada setiap hari mengikut pada pakej Ultra Pass samada mingguan atau bulanan yang dilanggani.

Promosi ini berlangsung bermula semalam 2 Oktober sehingga 31 Disember 2019. Penebusan boleh dibuat melalui aplikasi Celcom Life pada bahagian Free Internet atau dengan mendail *118*2*3# bermula dari pukul 12.00 pagi hingga 11.59 malam setiap hari. Setiap tebusan harian tidak boleh dibawa ke hari lain atau dikumpulkan.

Pastikan aplikasi Celcom Life telah dikemas kini kepada versi yang terkni di App Store.

Sumber: Celcom


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen