Info iPhone

Apple Melancarkan Program Pembaikan Percuma Untuk iPhone 6s Dan iPhone 6s Plus

Apple hari ini telah melancarkan sebuah program pembaikan baharu yang khas untuk model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Program ini adalah untuk kedua-dua model yang mengalami masalah untuk dihidupkan semula disebabkan kerosakan komponen pada unit tersebut. Program ini meliputi model yang dikilangkan antara Oktober 2018 hingga Ogos 2019 dan percuma.

Pengguna boleh memeriksa menggunakan nombor siri iPhone masing-masing pada laman program tersebut. Jika layak dan pernah mengalami masalah ini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan baik pulih secara percuma melalui Penyedia Perkhidmatan Berdaftar Apple di Malaysia mengikut lokasi yang berdekatan dengan anda.

Model yang terjejas diberi tempoh selama 2 tahun daripada tarikh pembelian untuk membuat pembaikan ini. Program ini juga tidak melanjutkan tempoh jaminan bagi unit model tersebut. Anda boleh memeriksa iPhone anda melalui pautan di bawah.

Sumber: Apple

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen