Apple hari ini telah menutup dan tidak lagi menerima iOS dan iPadOS 13.1.1 pada pelayan iTunes selepas versi yang baharu iaitu iOS dan iPadOS 13.1.2 yang dikeluarkan pada 1 Oktober yang lepas. Kedua-dua kemas kini membawakan beberapa penambahbaikan dan peningkatan prestasi serta tampalan pepijat pada peranti.
Pada minggu lepas, ia adalah merupakan minggu yang dusta bagi pengguna iOS 13. Dalam masa 2 hari sahaja, Apple telah mengeluarkan dua kemas kini kecil kepada umum. Perkara ini adalah biasa terjadi ketika versi iOS yang baharu dilancarkan.
Dengan ini, pengguna tidak lagi boleh membuat kemas kini atau ‘downgrade’ menggunakan fail IPSW pada iTunes. Pengguna yang mahukan jailbreak adalah disarankan untuk mengekalkan pada versi iOS lama. Oleh itu, berita ini agak menyedihkan untuk pengguna jailbreak.
Tambah Komen