Berita iOS

Kemas Kini iOS 13.1.1 Dan iPadOS 13.1.1 Dikeluarkan – Menyelesaikan Masalah Bateri, Penambahbaikan Sekuriti Dan Peningkatan Prestasi


Apple hari ini secara rasminya telah mengeluarkan kemas kini kecil yang pertama iaitu iOS 13.1.1 dan iPadOS 13.1.1 kepada umum. Ini adalah merupakan perkemaskinian kepada kemas kini iOS 13.1 dan iPadOS 13.1 yang baru sahaja dikeluarkan pada 25 September yang lepas. iOS 13.1 dan iPadOS 13.1 membawakan pelbagai ciri dan fungsi terbaru seperti Share ETA, Automasi Shortcuts dan banyak lagi.

iOS dan iPadOS 13.1.1 ini boleh dikemas kini menggunakan OTA iaitu melalui Settings > General > Software Update peranti anda yang menyokong iOS 13. iOS 13.1.1 dan iPadOS 13.1.1 ini memfokuskan kepada tampalan pepijat, peningkatan prestasi dan penambahbaikan sekuriti.

Ini termasuklah pepijat papan kekunci pihak ketiga yang dinyatakan oleh Apple pada minggu ini. Berdasarkan nota kemas kini oleh Apple, antara senarai pepijat yang ditampal dan pembaikan isu yang terdapat pada iOS 13.1.1 ini adalah:

– Fixes issues that could prevent iPhone restoring from backup
– Addresses an issue that could cause battery to drain more quickly
– Fixes an issue that could impact recognition of Siri requests on iPhone 11, iPhone 11 Pro and iPhone 11 Pro Max
– Resolves a problem where Safari search suggestions may re-enable after turning them off
– Addresses an issue that could cause Reminders to sync slowly
– Fixes a security issue for third-party keyboard apps

Bagi nota kemas kini iPadOS 13.1.1 juga menyelesaikan masalah yang sama seperti di atas:

– Fixes issues that could prevent iPad restoring from backup
– Addresses an issue that could cause battery to drain more quickly
– Resolves a problem where Safari search suggestions may re-enable after turning them off
– Addresses an issue that could cause Reminders to sync slowly
– Fixes a security issue for third-party keyboard apps

Kemas kini iOS 13.1.1 dan iPadOS 13.1.1 ini dilihat hanya untuk sementara waktu sahaja. Ini kerana, kemas kini utama iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 sudah pun terdapat dalam senarai iOS pada laman Apple Feedback dan mungkin akan dikeluarkan pada beberapa minggu lagi.

Pengguna iOS dan iPadOS 13.0/13.1 sebelum ini adalah disarankan untuk mengemas kini iOS 13.1.1 bagi penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi pada penggunaan peranti anda. Bagi pengguna yang sudah kemas kini, kongsikan kepada kami perubahan yang dialami dan adakah masalah skrin tidak mengesan sentuhan masih lagi terjadi pada peranti anda?

Sumber artikel: MacRumors | Gambar: iClarified


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen