Berita iOS iPadOS

Pepijat iOS 13 Dan iPadOS Memberikan Akses Papan Kekunci Pihak Ketiga Sepenuhnya Walaupun Telah Dinyahaktif


Apple menerusi dokumen sokongan mereka yang diterbitkan hari ini menyatakan bahawa terdapat pepijat yang dijumpai pada kemas kini iOS 13.0 dan iOS 13.1 serta iPadOS 13.1 yang baru sahaja dilepaskan secara rasmi pada hari ini.

Menurut Apple, masalah sekuriti ini menjejaskan penggunaan pada papan kekunci daripada pihak ketiga yang ditambah pada tetapan Keyboards dalam iOS atau iPadOS. Pepijat ini telah memberikan akses sepenuhnya pada papan kekunci pihak ketiga walaupun pengguna tidak meluluskan akses tersebut.

Papan kekunci pihak ketiga perisian seperti UniChar, Gboard antara yang terjejas oleh pepijat ini. Bagi papan kekunci yang dibangunkan oleh Apple, pengguna boleh menggunakannya tanpa risau.

Third-party keyboard extensions in iOS can be designed to run entirely standalone, without access to external services, or they can request “full access” to provide additional features through network access. Apple has discovered a bug iniOS 13andiPadOSthat can result in keyboard extensions being granted full access even if you haven’t approved this access.

Kemas kini bagi menampal pepijat ini akan dilepaskan pada masa akan datang. Untuk melihat papan kekunci pihak ketiga yang disambungkan pada peranti anda, boleh pergi ke Settings > General > Keyboard > Keyboards.

Bagi pengguna yang mementingkan privasi dan keselamatan, anda boleh menyahaktif dan membuangkan penggunaan papan kekunci pihak ketiga buat sementara waktu sebelum kemas kini yang baharu dikeluarkan.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen