Info iOS

iOS 13 Menambah Sokongan Papan Kekunci Jawi


Sistem operasi iOS 13 yang baru dilancarkan secara rasmi semalam telah membawakan pelbagai ciri dan fungsi terbaharu yang ditawarkan. Antara ciri yang menarik perhatian ialah penambahan sokongan papan kekunci jawi yang membolehkan anda untuk menulis tulisan jawi secara pantas.

Untuk menggunakannya, anda perlu papan kekunci baharu yang dilabelkan sebagai “Malay (Arabic)” yang terdapat pada Settings > General > Keyboards > Add New Keyboard. Kemudian, tetapan tulisan jawi “بهاس ملايو” boleh dipilih pada bahagian papan kekunci dengan menekan pada ikon glob.

Susunatur aksara pada papan kekunci jawi ini tidaklah seperti standard yang ditetapkan seperti oleh SIRIM. Selain itu, penggunaan nombor dalam tulisan jawi juga ditawarkan apabila memilih tetapan nombor. Buat masa ini, iOS 13 hanya terdapat untuk dikemas kini pada peranti iPhone dan iPod touch. Bagi yang menggunakan iPad, anda perlu menunggu kemas kini iPadOS untuk dilancarkan pada 25 September ini.

Sumber artikel: Amanz


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen