Berita iOS

Penggunaan iOS 13 Telah Mencecah 20% Selepas Seminggu Dilancarkan – Mixpanel


Sistem operasi baharu bagi peranti iOS iaitu iOS 13 yang telah dilancarkan secara rasmi pada 20 September yang lepas, seminggu yang lepas. Dalam tempoh 7 hari tersebut, terdapat pertambahan pemasangan pada peranti yang dibuat oleh pengguna dari hari ke hari. Menurut data oleh Mixpanel, jumlah penggunaan iOS 13 kini telah mencecah sehingga kadar 20% sehingga hari ini.

Namun, jumlah tersebut agak berbeza dengan jumlah penggunaan iOS 12 semasa dilancarkan tahun lepas pada tempoh dan waktu yang sama. Ini kerana, pengguna iPad baru sahaja dapat mengemas kini peranti mereka dengan sistem operasi baharu yang dinamakan sebagai iPadOS. Versi iPadOS 13.1 dilancarkan pada hari rabu yang lepas yang juga sebagai kemas kini yang pertama.

Data yang dikongsikan oleh Mixpanel ini adalah berdasarkan maklumat rekod sendiri berdasarkan jumlah peranti iOS yang melayari laman web dan juga aplikasi serta alat analitik Mixpanel. Berdasarkan data yang dikongsikan oleh Mixpanel, jumlah penggunaan iOS 12 mula menujukkan penurunan daripada 93% hingga 74%. Manakala bagi penggunaan sistem operasi yang lama menunjukkan sebanyak 4-5%.

Apple biasanya berkongsikan jumlah penggunaan iOS secara rasmi setelah hampir sebulan atau dua bulan dilancarkan. Data yang dikongsikan oleh Apple adalah lebih tepat berdasarkan senarai dan jumlah aktif peranti iOS melalui sistem mereka.

Sumber artikel: 9to5Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen