Berita iPadOS

Pengguna iPad Boleh Mengemas Kini Sistem Operasi iPadOS 13.1 Secara Rasmi


Bersama-sama dengan kemas kini iOS 13.1 yang dilepaskan secara rasmi, Apple juga turut menawarkan kemas kini sistem operasi untuk peranti iPad iaitu iPadOS 13.1. Sebelum ini, iPadOS 13.1 ini dijadual akan boleh dikemas kini pada 1 Oktober tetapi telah diawalkan pada 25 September hari ini.

Berikut ialah senerai peranti yang menyokong sistem operasi iPadOS 13:

  • iPad Pro 12.9-inci
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPad (generasi ke-6)
  • iPad (generasi ke-5)
  • iPad mini (generasi ke-5)
  • iPad mini 4
  • iPad Air (generasi ke-3)
  • iPad Air 2

iPadOS ialah merupakan sistem operasi yang direka khas untuk peranti iPad. Penggunaan skema nama baharu ini tidak mengubah asas pembangungan sistem operasi baharu ini yang masih berasaskan daripada iOS. iPadOS 13.1 membawakan pelbagai ciri dan fungsi baharu yang tidak terdapat pada peranti iPhone.

Pengguna iPad kini boleh mengakses dan memaparkan halaman Today View secara terus melalui halaman utama. Selain itu, buat kali pertamanya sokongan tetikus kini boleh disambungkan dan boleh digunakan pada peranti iPad. Dengan ini, pengguna boleh menggunakan iPad seperti komputer termasuklah sambungan papan kekunci.

Selain itu, iPadOS juga menambah sokongan alat kawalan jauh Xbox One S dan PlayStation DualShock 4. Pengguna kini boleh menggunakannya untuk bermain permainan Apple Arcade. Oleh itu juga, langganan Apple Arcade kini tersedia bagi peranti iPad yang menggunakan iPadOS. Sebelum ini, Apple Arcade hanya boleh dimainkan pada peranti iOS.

iPadOS menekankan akan penggunaan pengaksesan fail dan dokumen dalam satu masa yang sama dengan menggunakan ciri Split View. Menerusi ciri Slide Over, pengguna boleh menukar kepada aplikasi lain dengan pantas. Selain itu, iPadOS juga menambahkan penggunaan Apple Pencil dengan lebih praktik dan produktif berbanding versi iOS sebelum ini. Tambahan, Apple juga telah mengurangkan latensi Apple Pencil serendah 9 milisaat.

Terdapat juga ciri baharu iaitu percerminan secara nirwayar daripada skrin komputer Mac yang anda gunakan. Pengguna boleh memaparkan dan menggunakan sebanyak 2 skrin atau lebih bagi memudahkan membuat kerja dengan lebih produktif.

Khas untuk iPad Pro, pengguna kini boleh menyambungkan cakera USB ataupun pemacu luaran dengan fail yang boleh diakses menggunakan aplikasi Files. iPadOS juga tersedia dengan tema gelap sama seperti iOS 13.

Bagi pengguna iPadOS beta sebelum ini, anda perlu membuang profil beta daripada peranti anda untu menerima kemas kini iPadOS 13.1 yang stabil ini dan muncul pada bahagian Software Update. Untuk menerima kembali kemas kini beta, anda boleh memasang kembali profil beta tersebut.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen