Acara Khas Apple iPadOS

Kemas Kini iPadOS Akan Sedia Dimuat Turun Pada 1 Oktober Ini


Apple hari ini telah mengemaskini laman web mereka mengenai sistem operasi tablet iaitu iPadOS. Sistem operasi iPad ini akan sedia dimuat turun secara rasmi pada 1 Oktober ini di Malaysia kelak. Sebelum ini, Apple akan melepaskan kemas kini secara serentak bagi semua peranti iOS yang disokong.

Pembangunan iPadOS masih berasaskan seperti iOS dengan penambahbaikan dari segi penggunaan tablet. Ciri seperti antaramuka halaman paparan baharu, penggunaan Widget, mengakses fail dan dokumen dalam pada masa yang sama dengan ciri Split View serta beberapa ciri baharu.

Berikut ialah senerai peranti yang menyokong sistem operasi iPadOS:

  • iPad Pro 12.9-inci
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPad (generasi ke-6)
  • iPad (generasi ke-5)
  • iPad mini (generasi ke-5)
  • iPad mini 4
  • iPad Air (generasi ke-3)
  • iPad Air 2

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen