iOS iPadOS Program Beta Umum

iOS 13 Beta Kini Boleh Dicuba Oleh Pengguna Umum


Apple hari ini telah mengeluarkan versi Public Beta bagi sistem operasi iOS 13 dan iPadOS 13 kepada pengguna umum untuk mencubanya. Apple sebelum ini menyatakan bahawa versi Public Beta ini akan tersedia kepada pengguna umum pada bulan Julai hadapan tapi mungkin melihatkan sistem operasi ini stabil bagi pengguna umum menggunakannya.

Untuk makluman, iOS 13 dan iPadOS 13 akan boleh dimuat turun secara rasmi pada bulan September ini bersama-sama dengan iPhone yang baharu. Jangan salah sangka dengan versi beta dengan versi umum pada bulan September, versi beta ini mempunyai banyak pepijat, selain dari segi masalah prestasi, masalah penggunaan aplikasi dan penggunaan serta jangka hayat bateri yang agak singkat.

iOS 13 dan iPadOS 13 Public Beta boleh dimuat turun melalui laman web beta Apple. Jika anda mempunyai peranti lebihan atau yang tidak digunakan dan menyokong sistem operasi ini, anda boleh mencubanya dan melaporkan jika terdapat masalah atau pepijat yang dijumpai menggunakan aplikasi Feedback Assistant yang terdapat pada peranti anda setelah proses pemasangan selesai.

Untuk peranti iPad yang menyokong iPadOS 13:

  • iPad Pro 12.9-inci
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPad (generasi ke-6)
  • iPad (generasi ke-5)
  • iPad mini (generasi ke-5)
  • iPad mini 4
  • iPad Air (generasi ke-3)
  • iPad Air 2

Bagi yang ingin mecuba, anda boleh mengikuti tutorial lengkap di sini untuk iOS dan untuk iPadOS pula, anda boleh mengikuti tutorial lengkap ini. Bagi yang masih kurang paham akan pemahaman maksud beta ini, anda boleh membaca huraian ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen