Apple Arcade

Langganan Apple Arcade Kini Dibuka Untuk Pengguna Malaysia


Pengguna di Malaysia kini boleh mula melanggan servis permainan mudah alih Apple Arcade pada peranti iOS mereka. Pastikan anda terlebih dahulu telah memuat turun dan memasang kemas kini iOS 13 pada peranti anda bagi membolehkan untuk membuat langganan dan memuat turun permainan. Apple Arcade ialah berharga sebanyak RM19.90 sebulan. Anda akan diberi tempoh percubaan percuma selama sebulan selepas langganan dibuat.

Anda boleh bermain permainan yang ditawarkan pada kesemua produk Apple yang anda miliki dengan tanpa had, tanpa sekatan, tanpa iklan dan tanpa pembelian dalam aplikasi serta boleh dimain secara di luar talian termasuklah boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja. Menurut Apple, permainan baharu yang ditambah secara kerap. Langganan servis ini juga boleh berkongsi sehingga 5 orang menggunakan Family Sharing tetapi hanya terhad kepada satu penebusan sahaja bagi setiap kumpulan.

Setiap permainan premium yang disertakan dalam pakej Apple Arcade ialah eksklusif dan hanya terdapat dalam langganan Apple Arcade ini tidak tersedia pada halaman Apple App Store. Bagi yang berminat, anda perlu mengemas kini iPhone anda ke iOS 13 sebelum itu dan setelah selesai pergi ke tab Arcade yang terdapat pada aplikasi App Store.

Pada halaman tab Arcade tersebut akan terdapat butang ‘Try It Free’ yang membolehkan anda untuk mendaftar servis permainan Apple Arcade ini. Semasa pendaftaran, beberapa perkara yang anda perlu mengesahkan seperti pengesahan langganan, kaedah pembayaran (jika menggunakan nombor telefon) dan penerimaan syarat dan terma Apple.

Setelah selesai proses pendaftaran, anda boleh memasang aplikasi permainan pada katalog yang mempunyai pelbagai tajuk dan kategori masing-masing. Proses pemasangan aplikasi permainan adalah sama seperti memasang aplikasi yang biasa. Cari permainan pada katalog dan tekan ‘GET’ untuk pemasangan, setelah selesai, aplikasi permainan tersebut akan terdapat pada halaman hompej peranti anda.

Sekiranya anda membatalkan langganan tempoh percubaan Apple Arcade dan ingin melanggannya kembali, tempoh percubaan tersebut akan tamat dan anda perlu membayar jika mahu menggunakan Apple Arcade ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen