Apple Arcade Berita

Apple Berkongsikan Video Senarai 100 Permainan Apple Arcade


Dengan hanya tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk pelancaran servis langganan permainan Apple Arcade, Apple telah berkongsikan video iklan yang mempamerkan sebahagian permainan yang terdapat dalam servis langganan tersebut. Sebanyak senarai 100 permainan dipertontonkan dalam masa 100 saat.

Berikut ialah senarai permainan yang dipamerkan dalam video di atas mengikut cap masa di dalam video:

[00:00] “Oceanhorn 2: Knights of the Lost Realm” oleh Cornfox
[00:04] “Towaga: Among Shadows” oleh Noodlecake
[00:04] “Mosaic” oleh Raw Fury
[00:04] “Overland” oleh Finji
[00:05] “Manifold Garden” oleh William Chyr
[00:05] “Lifeslide” oleh Block Zero
[00:06] “Where Cards Fall” oleh Snowman
[00:06] “WHAT THE GOLF” oleh Fun Plus
[00:06] “ChuChu Rocket! Universe” oleh SEGA®
[00:07] “Cat Quest II” oleh Gentlebros
[00:07] “The Enchanted World” oleh Noodlecake
[00:07] “Hot Lava” oleh Klei Entertainment
[00:20] “EarthNight” oleh Cleaversoft
[00:30] “Skate City” oleh Snowman
[00:42] “Jenny LeClue – Detectivu” oleh Mografi
[00:53] “LEGO Brawls” oleh Lego
[01:08] “Sayonara: Wild Hearts” oleh Annapurna
[01:22] “Sonic Racing” oleh SEGA®
[01:24] “Pac-Man Party Royale” oleh Bandai Namco Entertainment Inc.
[01:26] “Frogger in Toy Town” oleh Konami
[01:27] “Shinsekai: Into the Depths” oleh Capcom
[01:29] “Cricket Through the Ages” oleh Devolver
[01:31] “ShockRods” oleh Stainless Games
[01:32] “Redout: Space Assault” oleh 34BigThings
[01:33] “Super Impossible Road” oleh Rogue Games Inc.
[01:34] “Oceanhorn 2: Knights of the Lost Realm” oleh Cornfox

Beberapa hari yang lepas, Apple telah memperkenalkan servis langganan Apple Arcade secara rasminya pada acara khas Apple bulan September. Tarikh pelancaran rasmi ialah pada 20 September ini. Apple Arcade merangkumi kesemua produk Apple iaitu iPhone, iPod, iPad, Apple TV dan Mac yang menggunakan sistem operasi terkini seperti iOS 13, iPadOS 13, tvOS 13 dan macOS Catalina.

Servis langganan permainan ini ditawarkan dengan harga sebanyak RM19.90 sebulan dan tempoh percubaan percuma selama 1 bulan. Anda boleh bermain permainan yang ditawarkan pada kesemua produk Apple yang anda miliki dengan tanpa had, tanpa sekatan, tanpa iklan dan tanpa pembelian dalam aplikasi serta boleh dimain secara di luar talian. Langganan servis ini juga boleh berkongsi sehingga 5 orang menggunakan Family Sharing.

Setiap permainan premium yang disertakan dalam pakej Apple Arcade hanya eksklusif terdapat dalam langganan Apple Arcade ini tidak tersedia pada halaman Apple App Store. Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi halaman tab Apple Arcade di Apple App Store pada 20 September kelak.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen