Apple Arcade

Apple Arcade Menambah Dua Permainan Baharu Dan Dua Akan Datang


Servis langganan permainan Apple Arcade yang dilancarkan dua tahun lepas menambahkan lagi katalog senarai permainan yang ditawarkan. Dua daripada empat permainan telah dikeluarkan pada baru-baru ini dan dua lagi akan datang.

Dua permainan tersebut ialah kategori tembak-menembak Galaga Wars yang dibangunkan oleh Bandai Namco dan Kingdom Rush Fronties daripada Ironhide Game Store. Kedua-dua permainan ini boleh mula dimainkan tanpa sebarang iklan dan pembelian dalam aplikasi melalui Apple Arcade berbanding yang terdapat pada App Store.

Muat turun:

Dua lagi aplikasi permainan yang bakal muncul ialah Splitter Critters. Aplikasi ini pernah memenangi iPhone Game of the Year pada tahun 2017. Yang terakhir ialah Dandara: Trials of Fear daripada Raw Fury antara yang bakal hadir pada Apple Arcade kelak.

Apple Arcade boleh dilanggan pada RM19.90 sebulan yang menawarkan sejumlah 200 lebih permainan yang tersedia untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple TV.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen