Berita Info

Kemas Kini iOS 13.1 Dan iPadOS Akan Ditawarkan Secara Rasmi Pada 25 September Ini

Apple bakal melepaskan kemas kini baharu bagi iOS 13.1 dan iPadOS kepada umum pada 25 September ini dan bukan pada 1 Oktober seperti yang dilaporkan sebelum ini. Perkara ini dinyatakan oleh Apple sendiri (melalui The Verge). Pada laman web iPadOS Malaysia telah menunjukkan tarikh 25 September untuk dilancarkan secara rasmi.

Kemas kini iOS 13.1 akan membawakan pelbagai ciri dan fungsi, kestabilan dan penambahbaikan daripada iOS 13 yang dilepaskan secara rasmi pada hari ini. Bagi yang tidak mahukan sebarang masalah pada penggunaan dan prestasi, anda boleh langkau kemas kini iOS 13 hari ini dan menunggu kemas kini iOS 13.1 untuk dilepaskan secara rasmi.

iPadOS ialah skema nama baharu bagi sistem operasi untuk peranti iPad dengan asas pembangungan daripada iOS. iPadOS membawakan pelbagai ciri baharu seperti sokongan tetikus dan pengawal PS4 dan Xbox untuk bermain permainan Apple Arcade. Selain itu, mod tema gelap juga terdapat pada iPadOS sama seperti iOS 13.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen