Berita iOS

Kemas Kini iOS 13.1 Beta 3 Dikeluarkan Untuk Pengguna Berdaftar


Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini iOS 13.1 Beta 3 kepada pengguna yang berdaftar di bawah program Public Beta iOS. Kemas kini ini dikeluarkan selepas versi beta untuk pembangun hadir selepas acara khas Apple semalam. Selain dari itu, Apple juga telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi kemas kini iOS 13.

iOS 13 akan mula boleh dikemas kini secara rasmi pada 20 September ini. Berikut ialah senarai peranti yang menyokong iOS 13:

  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11
  • Phone XS Max
  • iPhone XS
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone SE
  • iPod touch (generasi ke-7)

Menurut Apple melalui Federico Viticci‏, iOS 13.1 akan dilepaskan secara rasmi kepada semua pengguna bermula 30 September ini (1 Oktober mengikut waktu Malaysia). Kemas kini iOS 13.1 ini mempunyai beberapa ciri yang tidak terdapat pada kemas kini iOS 13 pada 20 September ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen