Acara Khas Apple iOS

iOS 13 Akan Sedia Dimuat Turun Secara Rasmi Pada 20 September Ini


Dengan pengenalan iPhone baharu, sistem operasi iOS juga akan dikemas kini pada setiap tahun. Apple melalui laman rasmi menyatakan sistem operasi iOS 13 akan sedia ditawarkan dan boleh dimuat turun dengan secara rasminya pada 20 September ini.

iOS 13 mempunyai beberapa ciri, antaranya ialah mod tema gelap yang disertakan. Selain itu, ciri seperti QuickPath untuk kesenangan menaip, antaramuka kawalan kelantangan bunyi pelancaran pembukaan aplikasi lebih pantas serta banyak lagi.

iOS 13 disokong pada hampir kesemua peranti yang menyokong iOS 12 sebelum ini, namun Apple juga menghadkan beberapa peranti untuk penggunaannya. Peranti tersebut ialah iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, dan iPod touch generasi ke-6 tidak disokong dan tidak boleh dikemas kini ke iOS 13.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen