iOS Program Beta Umum

Kemas Kini iOS 13.1 Beta 4 Dikeluarkan Untuk Pembangun Dan Pengguna Berdaftar


Apple pada pagi hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi beta 4 bagi iOS 13.1 untuk pembangun dan juga pengguna umum yang berdaftar di bawah program Public Beta. Kemas kini ini hadir selepas versi beta 3 yang dikeluarkan pada minggu lepas.

Kemas kini iOS 13.1 akan akan dilepaskan secara rasmi kepada semua pengguna bermula 30 September ini (1 Oktober mengikut waktu Malaysia). Beberapa ciri pada iOS 13 yang tidak ditawarkan termasuklah dari segi penambahbaikan prestasi dan penampalan pepijat yang terdapat pada iOS 13.1.

iOS 13 akan mula boleh dikemas kini secara rasmi pada besok hari bermula pukul 1.00 pagi. Berikut ialah senarai peranti yang menyokong iOS 13:

  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11
  • Phone XS Max
  • iPhone XS
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone SE
  • iPod touch (generasi ke-7)

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen