Aksesori

Caviar 11 Pro Victory Dilancarkan – Model iPhone 11 Pro Edisi Mewah Bermula Dari RM18 Ribu


Apabila suatu rekaaan produk yang terlalu biasa digunakan dan ramai pengguna yang mampu menggunakannya, sudah pasti ada yang mahukan kelainan. Syarikat pereka dan pengeluar kerangka pelindung dari Rusia, Caviar telah melancarkan edisi baharu yang dinamakan sebagai 11 Pro Victory yang memperlihatkan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max versi mewah dan bergaya.

Terdapat pelbagai variasi ditawarkan bagi kemasan dan bahan untuk bahagian rangka badan iPhone, antaranya tembaga, titanium, emas, berlian, onyx buatan, atau kulit haiwan eksotik. Kesemua variasi tersebut boleh didapati bermula dari harga $4,430 (~RM18 ribu) hingga $30,910 (~RM130 ribu). Rekaan mengikut variasi hanya mengubah keseluruhan bahagian belakang iPhone sahaja.

Pada bahagian hadapan dan dalaman, kesemua spesifikasi dan komponen adalah masih sama dan tiada perubahan termasuklah pilihan storan 64GB, 256GB dan 512GB.Pengguna yang mahukan model iPhone 11 Pro lain daripada yang lain boleh membuat pra-tempahan di laman web Caviar pada pautan di bawah. Semoga ada rakyat Malaysia yang pertama memiliki iPhone 11 Pro Max 512GB edisi Vitory Diamond berharga RM130 ribu.

Sumber: Caviar melalui TeknoRatz


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen