Aplikasi

Tempoh Percubaan Final Cut Pro X Kini Dilanjutkan Sehingga 90 Hari


Berdasarkan keadaan sekarang, ramai rata-ratanya bekerja secara dalam talian dari rumah mahupun duduk di rumah. Oleh itu, bagi menambahkan pengalaman dan penggunaan beberapa penyedia perisian telah memberikan tempoh percubaan bagi perisian yang dibangunkan.

Apple hari ini telah mengumumkan tempoh percubaan bagi perisan suntingan video yang dibangunkan oleh mereka iaitu Final Cut Pro X kini telah dilanjutkan sehingga 90 hari. Sebelum ini, tempoh percubaan perisian ini hanyalah boleh digunakan secara percuma sehingga 30 hari sahaja daripada tarikh didaftarkan.

Buat pengguna yang mahu mencuba Final Cut Pro X, anda bolehlah menggunakan masa yang terluang untuk mengasah bakat anda dalam suntingan video dengan menggunakan perisian ini. Final Cut Pro X berharga sebanyak RM1299 untuk pembelian.

Layari: Final Cut Pro X


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen