Berita Mac

MacBook Pro 13-Inci Dikemas Kini Dengan Magic Keyboard Dan Penambahbaikan Spesifikasi Terkini


Apple melalui laman berita mereka telah mengumumkan kemas kini baharu bagi komputer riba untuk model MacBook Pro 13. Sebelum ini, Apple baru sahaja mengemaskini bagi model MacBook Air dengan penggunaan Magic Keyboard yang berasaskan mekasnima kekunci gunting yang diperkenalkan semula pada MacBook Pro 16-inci pada tahun lepas.

MacBook Pro 13-inci yang baharu ini ditawarkan dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi kesepuluh, memori DDR4 yang bermula dari 16GB termasuklah pilihan storan 512GB atau 1TB yang boleh dipertingkatkan sehingga 4TB melalui konfigurasi. Berbanding sebelum ini, kesemua barisan MacBook Pro 13-inci kini hadir dengan integrasi Touch Bar termasuklah Touch ID yang menggantikan kekunci nombor dan pintas pada bahagian atas manakala kekunci “esc” dikekalkan.

Ketika ini, tempahan dan pengubahsuaian konfigurasi masih belum boleh dilakukan. Namun begitu, tanda harga sudahpun dipaparkan pada laman jualan Apple yang bermula dari RM7999 bagi storan 512GB dan RM8799 untuk storan 1TB. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman jualan Apple Malaysia.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen