Apple AirTag

Rekaan Realistik Aksesori Penjejak Apple AirTags Diperlihatkan Kepada Umum


Pempengaruh dan penggiat YouTube dalam mentiriskan maklumat sulit berkaitan produk Apple iaitu Jon Prosser telah memperlihatkan rekaan realistik bagi aksesori penjejak yang bakal dibangunkan oleh Apple. Menerusi video di saluran Front Page Tech, rekaan realistik Apple AirTags tersebut telah dihasilkan dengan kerjasama @ConceptCreator.

Menurut beliau, rekaan ini ialah berdasarkan gambar dan video yang telah tertiris sebelum ini dan sekurang-kurangnya 90 peratus seakan sama dengan aksesori yang sebenarnya. Beliau tidak menyatakan rujukan video asal bagi melindungi sumber yang dihubunginya.

Rekaan Apple AirTags ini dilihat seperti wang syiling dan tidak mempunyai sebarang logo atau teks pada bahagian hadapan. Pada bahagian belakang pula, terdapat plak logam besi dengan ukiran maklumat teks dan logo Apple sama seperti ukiran yang terdapat pada bahagian belakang Apple Watch.

Dipahamkan aksesori Apple AirTags ini bakal dimuatkan di dalam sebuah kerangka kulis bersaiz kecil. Kerangka tersebut boleh dijadikan sebagai rantai kunci dan disambung atau dilekatkan pada beg, dompat atau barang peribadi dan dijual secara berasingan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen