Acara Khas Apple iPad

Apple iPad Generasi Ke-8 Diperkenalkan Bermula Dari RM1449


Dalam acara khas yang berlangsung pada hari ini, Apple juga turut mengumumkan model iPad yang dikemas kini kepada generasi kelapan dengan secara rasminya. Model asas tablet ini masih mengekalkan skrin bersaiz 10.2-inci dengan penggunaan sistem sekuriti pengimbas cap jari Touch ID dan butang mekanikal Home masih dikekalkan.

iPad generasi ke-8 ini hadir dengan sokongan Apple Pencil generasi dan papan kekunci yang dihubung menggunakan Smart Connector. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A12 yang masih mampu menguruskan dan menjalankan aplikasi dengan lancar dan stabil.

Dengan harga yang berpatutan, tablet asas ini sekali gus menjadi pilihan utama kepada pengguna yang mahukan sebuah tablet mampu untuk dimiliki. Para pelajar juga mungkin memilih tablet ini sebagai medium pelajaran secara elektronik.

Model iPad ini ditawarkan dengan tiga piliha warna iaitu kelabu, emas dan perak. Ia dijual bermula dari storan 32GB Wi-Fi dengan harga RM1449 manakala bagi storan 128GB Wi-Fi dengan RM1849. Bagi versi selular, st0ran 32GB dijual pada harga RM1999 dan storan 128GB dengan dengan RM2399.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen