Acara Khas Apple Apple Watch

Apple Watch SE – Versi Kompak Dan Kompeten Pada Harga RM1199


Bersama-sama Apple Watch Series 6 yang diperkenalkan pada hari ini, Apple juga turut memperkenalkan edisi ‘SE’ bagi peranti jam tangan pintar mereka. Apple Watch SE ini menawarkan ciri utama dan popular yang terdapat pada Apple Watch dengan harga mampu milik untuk dimiliki.

Masih mengekalkan rekaan kerangka luaran daripada Series 4, pengguna masih dapat menggunakan tali jam sedia ada pada Apple Watch SE ini. Dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple S5, ia masih boleh menjalankan aplikasi dengan lancar mengikut optimasi sistem operasi.

Apple Watch SE ini dilihat ditujukan kepada pengguna yang mahukan Apple Watch bercirikan jam tangan pintar dengan kehendak dan keperluan asas tanpa ciri-ciri yang tidak digunakan secara kerap. Berbanding dengan Series 6, Apple Watch SE ini tidak mempunyai ciri pemantauan kadar oksigen dalam darah serta ciri pemantauan kadar denyutan dan ritma jantung iaitu elektrokardiogram (EKG / ECG).

Bagi yang berminat, Apple Watch SE boleh didapati di Malaysia bermula dari harga RM1199 bagi versi Wi-Fi manakala bagi versi selular bermula dari harga RM1449.


Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen