Acara Khas Apple Apple One

Servis Apple One Diperkenalkan – Pakej Langganan Serba Semua Dalam Satu Yang Memudahkan


Apple hari ini telah memperkenalkan servis semua dalam satu bagi kesemua pakej langganan yang ditawarkan oleh mereka. Dinamakan sebagai Apple One, pengguna hanya perlu membuat bayaran sekali sahaja pada setiap bulan apabila melanggan servis yang digunakan. Ini secara langsung telah memudahkan proses pembelian dan pembayaran serta menjimatkan pengguna Apple.

Pakej langganan yang terdapat dalam servis semua dalam satu ini ialah Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, Apple News+, Apple Fitness+ dan storan awan iCloud. Pakej ini bakal tersedia untuk dilanggan oleh pengguna di sebanyak 100 buah negara. Namun perlu diingatkan, servis seperti Apple News+ dan Apple Fitness+ belum lagi tersedia untuk dilanggan.

Pengguna boleh memilih daripada dua pilihan iaitu individu dan keluarga. Berikut ialah senarai harga dan servis yang boleh dilanggan:

[one-half-first]- Individu

  • RM19.90/sebulan
  • Apple Music
  • Apple TV+
  • Apple Arcade
  • iCloud dengan storan 50GB
[/one-half-first] [one-half]- Keluarga

  • RM33.90/sebulan
  • Apple Music
  • Apple TV+
  • Apple Arcade
  • iCloud dengan storan 200GB
[/one-half]

Bagi pengguna yang ingin mencubanya, anda diberikan tempoh percubaan dan penggunaan secara percuma selama sebulan. Jika berpuas hati, anda boleh meneruskan pakej langganan atau membatalkannya sebelum tarikh pembaharuan tiba kelak. Yang berminat, anda boleh layari laman web Apple One untuk maklumat lebih lanjut.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen