iOS

Apple iOS 14 Boleh Dikemas Kini Secara Rasmi Pada Hari Ini


Setelah hampir lama menunggu, akhirnya sistem operasi iOS 14 dilancarkan secara rasmi bermula hari ini di seluruh dunia. iOS 14 ini merupakan perubahan terbesar kali ketiga yang pernah Apple lakukan pada antaramuka iOS setelah versi pertama yang diperkenalkan pada tiga belas tahun lepas.

Kemas kini iOS 14 membawakan penambahbaikan dan ciri baharu yang memudahkan. Pengguna kini boleh menambahkan paparan widget mengikut aplikasi yang dipasang.

iOS 14 juga membolehkan untuk pengguna menyembunyikan halaman skrin yang tidak ingin dipaparkan. Rata-rata pengguna mempunyai helaian halaman skrin dengan aplikasi yang tidak kerap digunakan.

Bagi memudahkan lagi, aplikasi pada helaian halaman skrin yang disembunyikan boleh diakses melalui App Library apabila menatal ke halaman akhir skrin. App Library ini akan mengasingkan aplikasi mengikut kategori masing-masing dan juga disusun mengikut penggunaannya oleh pengguna. Terdapat lagi pelbagai ciri dan fungsi baharu yang boleh digunakan setelah dikemas kini.

Pengguna yang memiliki sekurangnya iPhone SE generasi pertama dan kedua serta iPhone 6s dan generasi seterusnya termasuklah iPod touch generasi ke-7, anda boleh menaik taraf ke sistem operasi iOS 14 bermula hari ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen