macOS

macOS Big Sur Boleh Dikemas Kini Dengan Secara Rasmi Bermula Hari Ini


Sistem operasi macOS Big Sur kini boleh dimuat turun dengan rasminya bagi pengguna Mac secara percuma. macOS Big Sur ini menyokong semua komputer Mac yang dihasilkan bermula dari tahun 2013 dan ke atas sehingga terkini. Anda boleh pergi ke aplikasi System Preferences > Software Update untuk membuat proses kemas kini.

macOS Big Sur merupakan antara perubahan antaramuka yang terbesar Apple pernah lakukan selepas melancarkan Mac OS X Yosemite yang membawakan rekaan berasaskan minimalis. Rekaan konsep macOS Big Sur ini dilihat bersifat lebih kepada realistik dan seolah-olah ‘timbul’ seperti reka bentuk tiga dimensi.

Seperti biasa, anda lebih disarankan untuk menunggu terlebih dahulu bagi kestabilan sistem operasi apabil dipasang pada komputer anda.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen