App Store

Apple Mengumumkan Senarai Pemenang Bagi Anugerah Aplikasi App Store Terbaik 2020


Apple hari ini telah mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah aplikasi App Store yang terbaik sepanjang tahun 2020 ini. Sebanyak 15 aplikasi dan permainan telah terpilih sebagai pemenang berdasarkan penggunaan, kesihatan dan impak kepentingannya kepada pengguna.

Setiap pemenang ialah berdasarkan aplikasi kepada kategori, permainan dan peranti yang digunakan. Berikut ialah senarai pemenang mengikut kategori masing-masing:

  • iPhone App of the Year: Wakeout! dibangunkan oleh Andres Canella
  • iPad App of the Year: Zoom
  • Mac App of the Year: Fantastical dibangunkan oleh Flexibits
  • Apple TV App of the Year: Disney+
  • Apple Watch App of the Year: Endel
  • iPhone Game of the Year: “Genshin Impact” dibangunkan oleh miHoYo
  • iPad Game of the Year: “Legends of Runeterra” dibangunkan oleh Riot Games
  • Mac Game of the Year: “Disco Elysium” dibangunkan oleh ZA/UM
  • Apple TV Game of the Year: “Dandara Trials of Fear” dibangunkan oleh Long Hat House
  • Apple Arcade Game of the Year: “Sneaky Sasquatch” dibangunkan oleh RAC7
  • App Trend of the Year: Shine

Setiap pemenang bakal diberikan sebulah plak berbentuk logo App Store yang dihasilkan menggunakan 100% bahan aluminium yang dikitar semula. Pada bahagian belakang plak akan diukirkan nama pemenang tersebut.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen