AirPods

Apple Memperkenalkan AirPods Max – Fon Kepala Berharga RM2399


Apple dalam pada hari ini telah membuat pengumuman secara mengejut dimana mereka telah memperkenalkan fon kepala dibawah jenama Apple sendiri yang dinamakan sebagai AirPods Max. Fon kepala ini sememangnya dinanti-nanti oleh orang ramai setelah khabar angin mula tersebar.

AirPods Max ini merupakan edisi ketiga bagi produk audio dan fon kepala pertama yang dibangunkan oleh Apple. AirPods dan AirPods Pro ialah fon telinga yang mendapat permintaan yang tinggi walaupun dengan rekaan yang hangat dikatakan sewaktu pelancaran dahulu.

Fon kepala ini dilengkapi dengan cip Apple H1 yang menawarkan ciri seperti Spatial Audio, Adaptive EQ dan sebagainya. Ini juga termasuklah dengan sokongan pembatalan bunyi hingar dengan hanya menekan satu butang sahaja bagi mengurangkan bunyi luar yang mengganggu ketika dipakaikan. Mernutu Apple, pengalaman kualiti audio yang ditawarkan ialah seakan berada di panggung wayang dan teater.

Apple juga telah mengimplementasikan butang dan mekanisme Digital Crown daripada Apple Watch bagi memudahkan untuk mengawal kelantangan bunyi, melangkau lagu dan termasuklah menjawab panggilan. Untuk mengecas, Apple telah memilih untuk menggunakan sambungan Lightning yang terdapat dibawah fon telinga sebelah kiri dengan penggunaan yang dianggarkan sehingga 20 jam.

Untuk menggunakan AirPods Max ini, pengguna hanya perlu meletakkan fon telinga berdekatan dengan peranti bagi penyambungan secara nirwayar sama seperti cara sambungan AirPods yang lain. Pakej AirPods Max ini turun dilengkapi dengan sebuah bekas bagi menyimpan fon telinga ini. Ia ditawarkan mengikut warna AirPods Max yang dimiliki.

Bagi yang berminat, AirPods Max ini boleh didapati dengan lima pilihan warna iaitu biru, hijau, putih, hitam dan merah pada harga RM2399 di Malaysia.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen