Apple AirTag

Animasi Aksesori Apple AirTags Diperlihatkan – Berkemungkinan Proses Penyambungan Dengan Peranti


Pada tahun ini Apple dijangka bakal melancarkan aksesori penjejak nyahwayar secara sambungan Bluetooth iaitu Apple AirTags. Pempengaruh dan penggiat YouTube Jon Prosser telah memberikan video animasi Apple AirTags yang pertama kepada umum.

Jon Prosser menyatakan bahawa animasi aksesori penjejak ini telah dihasilkan oleh Apple dan didapati melalui jurutera perisian. Dipahamkan video animasi tersebut berkemungkinan ialah sebahagian daripada proses penyambungan dengan peranti seperti iPhone, iPod dan iPad dan dilaporkan bakal disertakan di dalam kemas kini iOS akan datang.

Apple AirTags ini ialah merupakan aksesori penjejak untuk membantu pengguna mencari barang peribadi seperti kunci, beg atau dompet mahupun haiwan peliharaan. Apabila aksesori dan peranti Apple masing-masing terpisah, pengguna bakal mendapat notifikasi pemberitahuan serta lokasi berhampiran aksesori di antara kedua-dua aksesori dan peranti. Lokasi Apple AirTags ini boleh dilihat melalui aplikasi Find My.

Masih belum dapat dipastikan samada bila Apple bakal melancarkan Apple AirTags ini. Apple dijangka bakal mengadakan acara khas bagi tahun ini secara maya di dalam talian kelak.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen