Apple Watch

Cabaran Aktiviti Sambut Tahun Baru Kini Tersedia Untuk Diperolehi


Acara dan aktiviti tahunan bagi cabaran Sambut Tahun Baru tahun ini telah tersedia untuk semua. Pengguna yang memiliki iPhone dan Apple Watch boleh melihat aktiviti ini melalui aplikasi Kecergasan masing-masing.

Cabaran Sambut Tahun Baru ini boleh diperolehi dengan menutup ketiga-tiga gelang aktiviti selama tujuh hari dengan berturut-turut pada bulan ini. Pengguna bakal memperolehi ganjaran lencara unik dan boleh dilihat di bawah bahagian Cabaran Edisi Terhad pada aplikasi Kecergasan.

Diharapkan dengan cabaran ini pengguna senantiasa kekal aktif dan sihat dikala pelbagai musibah yang melanda.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen