Khabar Angin

Modem 5G mmWave Pada iPhone 13 Dilapor Lebih Pantas Dan Sokongan Meluas Di Kebanyakan Negara


Dalam satu laporan menerusi Patiently Apple melaporkan, salah satu syarikat daripada pembekal modem iaitu Qiqi melaporkan telah menerima tempahan ‘yang banyak’ bagi modem 5G daripada Apple. Perkara ini adalah berdasarkan pengumuman oleh pengerusi Qiqi mengenai peningkatan bagi pembuatan komponen berkaitan dengan 5G yang dilihat menyokong kenyataan tersebut.

Laporan itu menyatakan, pembekal kepada Apple iaitu Wistron Group telah melabur pada syarikat Qiqi tersebut. Ini secara langsung telah membuka kepada pembuatan modem 5G mmWave buat pertama kali. Buat masa ini, model 5G mmWave yang digunakan oleh Apple telah dibangunkan oleh syarikat pembekal Murata Manufacturing dan dijangka bakal menerima tempahan yang sama.

Apple juga dilapor sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi luar negara bagi membawakan sokongan modem 5G mmWave ini secara lebih meluas. Dengan ini, sokongan modem 5G mmWave pada iPhone 13 berkemungkinan lebih pantas berbanding yang terdapat pada siri model iPhone 12 sebelum ini.

Di Malaysia, penggunaan sambungan internet 5G masih dalam fasa pembangunan dan percubaan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2022. Oleh itu, pengguna masih belum boleh merasai pengalaman 5G yang sebenar apabila iPhone 13 dilancarkan kelak di negara ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen