Apple

Apple Membuka Program Khidmat Baik-Pulih Untuk Lebih 200 Buah Negara Termasuk Malaysia


Apple pada hari ini telah mengumumkan program khidmat baik-pulih produk Apple yang diperluaskan lagi hingga lebih 200 buah negara, hampir semua negara di mana produk Apple dijual. Program ini mula dilancarkan pada tahun 2019 di Amerika Syarikat yang kemudiannya dibuka untuk negara-negara Eropah dan Kanada pada tahun lepas.

Program khidmat baik-pulih ini dibuka kepada semua syarikat yang menawarkan pembaikan peranti khususnya di bawah jenama Apple. Setiap syarikat yang berminat tidak perlu membayar sebarang bayaran tambahan malah bakal dapat membeli komponen asli dan alat baik-pulih dari Apple pada harga yang sama seperti Penyedia Perkhidmatan Berdaftar Apple (AASP) sedia ada.

Setiap syarikat juga perlu mempunyai jurubaiki yang bertauliah dan diperakui oleh Apple sendiri melalui proses yang mudah dan turut menerima akses percuma untuk latihan, panduan baik-pulih dan diagnostik yang disediakan oleh Apple sendiri.

Bermula pada minggu ini, syarikat baik-pulih di 38 buah negara dan wilayah boleh mula mendaftar bagi yang berminat untuk menjadi wakil kepada program ini. Bagi yang berminat khususnya syarikat di Malaysia, anda boleh mendaftar melalui laman support.apple.com/irp-program ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen