Acara Khas Apple

Apple Mengumumkan Acara Khas ‘Spring Loaded’ Bakal Berlangsung Pada 21 April Ini


Apple pada hari ini telah mengumumkan acara khas yang bakal berlangsung pada bulan ini. Dinamakan sebagai ‘Spring Loaded’, acara khas ini dijadual diadakan pada 21 April pukul 1.00 pagi hari tersebut. Acara khas ini juga diadakan secara maya sama seperti tahun lepas dan secara langsung dari Steve Jobs Theater di kampus Apple Park, California.

Pelbagai khabar angin, berita yang menyatakan Apple bakal memperkenalkan produk baharu pada acara khas ini. Kemas kini model iPad Pro yang baharu, model iPad mini, komputer iMac, Apple TV dan AirTags yang telah lama heboh diperkatakan adalah antara yang dijangka bakal diperkenalkan.

Bagi yang ingin menonton, anda boleh menonton secara langsung melalui laman rasmi Apple atau melalui akaun YouTube rasmi Apple.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen