Apple AirTag

Apple AirTag Diperkenalkan – Aksesori Carian Kompak Dan Serba Guna


Setelah sekian lama dihujani dengan khabar angin, gambar konsep dan pelbagai maklumat tertiris Apple har ini telah menumumkan Apple AirTag secara rasmi kepada umum. Acara khas ‘Spring Loaded’ yang berlangsung pada hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk baharu dan kemas kini servis perkhidmatan di bawah Apple.

Apple AirTag ini merupakan aksesori kompak yang bersaiz mini dan menggunakan bateri CR2032, anda boleh membeli bateri ini di kedai jam mahupun kedai runcit. Rekaan kecil aksesori ini turut dilengkapi dengan speaker untuk membunyikan nada apabila menjumpainya. Ia juga turut dilengkapi dengan bahan keluli tahan karat pada bahagian belakang dan juga tahap kekalisan air dan habuk dengan bacaan IP-67.

Dengan menggunakan rangkaian teknologi Find My, pengguna boleh mencari barang yang diselit atau digantung dengan Apple AirTag ini secara lebih tepat. Rangkaian Find My kini lebih meluas dengan penggunan teknologi Bluetooth daripada peranti Apple yang menggunakan sistem operasi terkini.

Setiap maklumat lokasi ialah rahsia dan tidak diketahui oleh sesiapa pun dengan penyulitan hujung ke hujung. Ia juga turut hadir dengan rantai kunci yang boleh disangkut atau digantung pada beg, kunci mahupun diselitkan pada bagasi. Setiap Apple AirTag perlu diselaraskan dengan iPhone yang digunakan untuk didaftarkan di bawah akaun Apple ID pengguna.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Apple AirTag ini secara tunggal atau berpakej iaitu sebanyak empat model. Masing-masing dijual pada harga RM129 dan RM419 dan anda boleh mendapatkannya melalui laman jualan dalam talian rasmi Apple Store Malaysia.

 


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen