Apple Apple Watch

Dapatkan Pingat Cabaran Aktiviti Bersempena Hari Bumi Tahun ini


Hari Bumi merupakan acara tahunan yang disambut oleh sekalian penduduk bumi yang dihuni ini. Sebagai salah satu syarikat yang terbesar di dunia, Apple mengambil peluang untuk mendidik para pengguna mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan perubahan iklim.

Dalam usaha ke arah bebas karbon neutral pada tahun 2030, Apple komited dalam perjanjian Green Bond untuk menyokong projek tenaga yang boleh diperbaharui. Apple juga turut mengumumkan tambahan sebanyak RM830 juta bagi melindungi hutan-hutan di seluruh dunia. Terdapat juga bahan bacaan serta media yang terdapat di servis Apple yang lain seperti Apple TV, Apple Podcast dan Apple Books.

Sebagai pengguna, anda boleh menyambut Hari Bumi sedunia ini dengan melakukan senaman bagi mendapatkan pingat cabaran aktiviti edisi khas. Lakukan senaman sebanyak 30 minit pada 22 April hadapan bagi mendapatkan pingat dan pelekat yang boleh disimpan serta digunakan pada aplikasi permesejan yang menyokong pelekat iMessage.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen