iOS iPadOS

iOS 15 Dan iPadOS 15 Kini Boleh Dimuat Turun Secara Rasmi


Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini bagi iOS 15 dan iPadOS 15 kepada umum dengan secara rasminya. Pengguna iPhone dan iPad boleh membuat kemas kini ini pada peranti masing-masing untuk menikmati sejumlah ciri baharu yang disertakan.

 

 

iOS 15 dan iPadOS 15 dilihat memfokuskan kepada kepentingan untuk mengawal notifikasi atau sebarang mesej yang diterima masuk tanpa mengganggu pengguna. Ciri ‘Focus’ ini boleh digunakan samada ketika bekerja mahupun sedang bersendirian bagi mengelakkan gangguan yang boleh menyebabkan kerja atau waktu anda diganggu.

Ciri lain seperti Siri juga ditambah baik untuk berkebolehan menjawab persoalan yang lebih kepada sesuatu tugas. Untuk FaceTime, pengguna kini boleh membuat panggilan video dengan pengguna lain yang tidak menggunakan peranti Apple hanya berkongsikan pautan untuk berhubung.

Berikut ialah senarai model iPhone dan iPad yang menyokong iOS 15 dan iPadOS 15 bagi menikmati ciri-ciri baharu yang terdapat dalam kemas kini ini.

  • iPod touch (generasi ke-7)
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE (2016)
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone X
  • IPhone XS Max
  • ‌iPhone‌ XS
  • iPhone XR
  • ‌iPhone SE‌ (2020)
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • ‌iPhone 11‌ Pro Max
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPad mini (generasi 4 dan seterusnya)
  • iPad (generasi 5 dan seterusnya)
  • iPad Air (generasi 3 dan seterusnya)
  • ‌iPad Air‌ 2
  • iPad Pro – semua model

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen