iOS iPadOS

iOS 15.0.1 Dan iPadOS 15.0.1 Dikeluarkan Untuk Penambahbaikan Dan Tampalan Pepijat

Selepas iOS 15 dan iPadOS 15 boleh dimuat turun pada beberapa minggu lepas, seperti yang dijangkakan Apple telah mengeluarkan kemas kini yang baharu pada hari ini. Kemas kini iOS 15.0.1 dan iPadOS 15.0.1 boleh dimuat turun dengan rasmi bagi peranti pengguna masing-masing.

Menurut Apple, kemas kini baharu ini ialah untuk memperbaiki masalah nyahkunci menggunakan Apple Watch yang terjadi pada siri model iPhone 13 baharu. Kes yang dilaporkan berlaku ialah dimana Apple Watch tidak boleh disambungkan dengan iPhone dan ciri tersebut tidak boleh diaktifkan. Untuk peranti iPad, terdapat masalah skrin dan audio meditasi yang gagal berfungsi dengan lancar.

iOS 15.0.1 dan iPadOS 15.0.1 ialah merupakan kemas kini yang bersaiz kecil dan sebagai kemas kini ‘marginal’. Bagi yang tidak mempunyai masalah, anda boleh untuk melangkau kemas kini ini jika tidak mempunyai masa untuk melakukannya.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen

Langganan E-mel

Dapatkan notifikasi artikel dan entri terkini yang diterbitkan secara terus melalui emel anda.