Apple Watch

Rasmi: Apple Watch Series 7 Dijual Bermula Dari RM1749 Di Malaysia


Apple pada hari ini telah melakukan kemas kini laman-laman web rasmi mereka. Dalam pada itu, harga jualan bagi model Apple Watch Series 7 telah dipaparkan pada laman jualan rasmi Apple Store Malaysia dengan rasminya.

Bagi yang berminat, Apple Watch Series 7 versi Wi-Fi sahaja bagi saiz 41mm dijual bermula dari harga RM1,749 manakala bagi saiz 45mm pada harga RM1,899. Bagi versi selular, saiz 41mm pada harga RM2,199 dan RM2,349 untuk saiz 45mm.

Apple Watch Series 7 mula diperkenalkan pada acara khas bulan lepas dengan beberapa penambahbaikan dan perubahan dari segi rekaan. Bahagian skrin hadapan direka semula dengan kaca yang lebih tahan dan sudut geometri yang kukuh dengan 50% lebih tebal berbanding Apple Watch Series 6 yang membolehkan papan kekunci digunakan. Ciri kesihatan seperti ECG, sensor oksigen dalam darah boleh digunakan pada model baharu ini. Menurut Apple, Apple Watch Series 7 menawarkan ketahanan bateri selama 18 jam sehari.

Bagi model kali ini, Apple Watch Series 7 didatangkan dengan dua bahan kelompang iaitu aluminium dan keluli tahan karat. Bagi aluminium, edisi biasa dan Nike masih lagi dijual seperti biasa. Tali jam daripada model sebelum ini juga masih boleh digunakan seperti biasa.

Sehingga kini, tarikh penjualan rasmi masih lagi belum dipaparkan pada laman tersebut,


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen