iOS watchOS

iOS 15.0.2 Dan watchOS 8.0.1 Dikeluarkan Untuk Penambahbaikan Dan Tampalan Pepijat


Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini kecil bagi sistem operasi iOS dan watchOS kepada umum. iOS 15.0.2 dan watchOS 8.0.1 dikeluarkan bagi tampalan beberapa pepijat serta penambahbaikan dari segi prestasi. Ini diikuti seminggu selepas iOS 15.0.1 dikeluarkan untuk pengguna iPhone.

Menurut Apple, terdapat beberapa pepijat yang boleh mengganggu penggunaan peranti. Masalah seperti peranti AirTag tidak boleh dijumpai melalui servis Find My, gambar hilang yang disimpan daripada Messages, ciri CarPlay tidak berfungsi dengan baik dan model iPhone 13 yang tidak boleh memasang kembali salinan data pendua.

Untuk Apple Watch Series 3, pepijat seperti ciri ketercapaian di dalam Seting tidak dapat diaktifkan dan talam kemas kini tidak dipaparkan dengan betul sepenuhnya antara masalah yang terjadi bagi model ini. Kedua-dua iOS 15.0.2 dan watchOS 8.0.2 ialah merupakan kemas kini marginal. Bagi yang tidak mempunyai masalah, anda boleh untuk melangkau kemas kini ini jika tidak mempunyai masa untuk melakukannya.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen