Apple

AirPods Pro Kini Dijual Dengan Sokongan Pengecasan MagSafe


Selepas model AirPods generasi ketiga diperkenalkan dengan rekaan yang seakan hampir sama seperti AirPods Pro, Apple hari ini juga telah mengemaskini AirPods Pro yang kini hadir dengan sokongan MagSafe untuk kerangka pengecas model TWS ini.

Dengan ini, pengguna boleh mengecas secara nirwayar kerangka AirPods Pro baharu pada cakera pengecas MagSafe atau MagSafe Duo. Dari segi spesifikasi lain, tiada perubahan yang dilakukan pada dalaman. Ia masih hadir dengan sokongan pembatalan hingar, Spatial Audio dan ketahanan bateri yang lama berbanding model lain.

Bagi yang berminat, AirPods Pro dengan sokongan pengecasan MagSafe ini dijual pada harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM1099. Anda boleh mendapatkannya melalui laman jualan rasmi Apple Store Malaysia bermula hari ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen