Apple Music

Apple Memperkenalkan Pelan Langganan Baharu Dengan Kawalan Siri – Apple Music Voice Plan


Apple pada hari ini telah memperkenalkan siri pelan yang baharu di bawah servis Apple Music kepada pengguna yang mahukan penggunaan secara bebas. Dengan hanya dikawal dengan menggunakan arahan suara, Apple Music Voice Plan ini sememangnya menepati ciri pengguna yang selalu menggunakan Siri.

Pelan khusus ini ialah berasaskan Siri dengan arahan suara oleh pengguna. Dengan ini, pengguna boleh memberi arahan untuk memainkan, jeda atau melangkau audio yang dimainkan dengan hanya menggunakan Siri. Pengguna juga diberi akses untuk stesen audio, senarai dan carta audio dan kawalan media penuh.

Ciri yang berguna pada pelan ini ialah pengguna boleh mengarah Siri untuk memainkan muzik pada peranti Apple lain yang didaftar di bawah akaun Apple ID pengguna.

Ditawarkan pada harga $4.99 atau sekitar RM21, pengguna perlu melanggan servis Apple Music terlebih dahulu sebelum boleh mengakses pelan ini. Bagi yang ingin mencubanya, 7 hari diberikan bagi tempoh percubaan.

Buat masa ini, pelan ini tidak ditawarkan di Malaysia dan hanya terdapat di 17 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Austria, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Mexico, New Zealand, Sepanyol, Taiwan dan United Kingdom.

Sumber artikel: 9to5Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen