Apple

Kain Pengelap Skrin Berharga RM99 Adalah Produk Terbaharu Dijual Oleh Apple


Produk Apple sememangnya suatu yang sangat berharga dengan nilai yang premium. Oleh sebab itu, terdapat pengguna yang sanggup menghabiskan ratusan wang bagi mendapatkan kerangka pelindung, pelindung skrin dan vinil bagi melindungi peranti daripada kesan calar, retak, dan sebagainya. Terdapat juga pengguna yang tidak kisah akan rupa peranti mereka dan menggunkannya selagi mampu, sehabis mungkin.

Dengan inisiatif ini, Apple telah mengeluarkan kain pengelap skrin yang digunakan bagi mengelap skrin produk dan peranti yang dimiliki. Dihasilkan daripada bahan lembut dan bukan pelalas, ia dilihat menyerupai seperti seakan kain fibermakro yang banyak digunakan untuk mengelap skrin dan kaca.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui laman jualan rasmi Apple Store Malaysia pada harga RM99 sehelai. Peranti yang disokong untuk dilap dengan kain ini ialah seperti berikut:

iPhone

  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone SE (2nd generation)
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6
  • iPhone 6 Plus
  • iPhone SE (1st generation)

 

iPad

  • iPad mini (generasi keenam)
  • iPad (generasi kesembilan)
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi kelima)
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi keempat)
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi ketiga)
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi kedua)
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi pertama)
  • iPad Pro 11-inci (generasi ketiga)
  • iPad Pro 11-inci (generasi kedua)
  • iPad Pro 11-inci (generasi pertama)
  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPad Air (generasi keempat)
  • iPad Air (generasi ketiga)
  • iPad Air 2
  • iPad Air (generasi pertama)
  • iPad (generasi kelapan)
  • iPad (generasi ketujuh)
  • iPad (generasi keenam)
  • iPad (generasi kelima)
  • iPad mini (generasi kelima)
  • iPad mini 4
  • iPad mini 3
  • iPad mini 2
  • iPad mini (generasi pertama)

 

Komputer Mac

  • MacBook Air (M1, 2020)
  • MacBook Air (Retina, 13-inci, 2020)
  • MacBook Air (Retina, 13-inci, 2018 – 2019)
  • MacBook Air (13-inci, Awal 2015 – 2017)
  • MacBook Air (11-inci, Awal 2015)
  • MacBook Pro (14-inci, 2021)
  • MacBook Pro (16-inci, 2021)
  • MacBook Pro (13-inci, M1, 2020)
  • MacBook Pro (13-inci, 2020)
  • MacBook Pro (13-inci, 2016 – 2019)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inci, Akhir 2012 – 2015)
  • MacBook Pro (16-inci, 2019)
  • MacBook Pro (15-inci, 2016 dan seterusnya)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inci, Pertengahan 2012 – 2015)
  • MacBook (Retina, 12-inci, Awal 2015 – 2017)
  • iMac (24-inci, M1, 2021)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inci, 2019)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inci, 2017)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inci, Akhir 2015)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, 2019 – 2020)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, 2017)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, Akhir 2014 – 2015)
  • iMac Pro (2017)

 

Apple Watch

  • Apple Watch Series 7
  • Apple Watch Series 6
  • Apple Watch SE
  • Apple Watch Series 5
  • Apple Watch Series 4
  • Apple Watch Series 3
  • Apple Watch Series 2
  • Apple Watch Series 1
  • Apple Watch generasi pertama

 

iPod

  • iPod touch (generasi ketujuh)
  • iPod touch (generasi keenam)
  • iPod touch (generasi kelima)
  • iPod nano (generasi ketujuh)
  • iPod shuffle (generasi keempat)

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen