Apple HomePod

Variasi HomePod Mini Kini Dalam Lima Pilihan Warna


HomePod mini merupakan speaker pintar yang masih dibangunkan dan dijual oleh Apple buat masa sekarang. Berbanding dengan HomePod, speaker pintar ini hadir dengan saiz mini dan kompak yang hanya dikawal dengan arahan suara melalui Siri sahaja.

Apple pada hari ini telah mengemaskini variasi HomePod mini dengan tiga pilihan warna baharu. Warna oren, biru dan kuning mewarnai bahagian luaran fabrik speaker pintar ini.

Dari segi spesifikasi dalaman, tiada perubahan malah penambahbaikan dibuat. Cara penggunaan, kawalan suara, sokongan Apple TV, penyambungan antara HomePod mini yang lain untuk audio lebih meluas dan kawalan peranti berhubung di rumah dikekalkan seperti biasa.

HomePod mini ini dijual pada harga $99 (dalam lingkungan RM411) seunit tetapi hanya terhad di beberapa buah negara sahaja kecuali Malaysia.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen