Apple Fitness+

Langganan Apple Fitness+ Bermula 4 November – RM19.90 Sebulan Dan RM119.90 Setahun


Pada tahun lepas, Apple telah mengumumkan pelan langganan kesihatan iaitu Apple Fitness+. Pelan ini ialah khusus yang mahukan aktiviti senaman dengan jurulatih secara maya. Selain itu terdapat juga aktiviti senaman yang telah disusun mengikut modul dan perancangan yang anda inginkan termasuklah meditasi.

Kini, Apple telah mengumumkan Apple Fitness+ ini sedia ditawarkan di Malaysia bermula 4 November kelak. Pengguna boleh melanggannya dengan dua pilihan, RM19.90 bagi sebulan atau RM119.90 bagi tempoh setahun sekali gus. Kandungan senaman Apple Fitness+ boleh diakses melalui iPhone, iPad, Apple TV dan Mac dengan maklumat senaman yang perlu direkodkan melalui Apple Watch.

Dengan ini, pengguna boleh kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan hanya melakukan senaman daripada rumah atau dimana-mana sahaja.

Bagi yang ingin membeli Apple Watch Series 3 dan seterusnya bakal mendapat akses 3 bulan percuma untuk pelan langganan ini. Pengguna juga boleh berkongsikan bersama enam ahli keluarga yang lain tanpa sebarang bayaran tambahan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen