Apple One

Pelan Apple One Premier Boleh Dilanggan Bermula 4 November – RM69.90 Sebulan


Selain daripada pelancaran pelan langganan Apple Fitness+ bagi pasaran Malaysia, Apple juga turut melancarkan pelan Apple One Premier di Malaysia. Bermula dengan 4 November ini, pengguna boleh mula melanggan pelan langganan serba dalam satu dengan hanya satu bayaran sahaja.

Berharga RM69.90 sebulan, pengguna akan mendapat akses kepada lima servis langanan Apple iaitu Apple Music, Apple TV+, Apple Fitness+, Apple Arcade dan storan awan iCloud+ 2TB. Pengguna juga boleh berkongsi pelan ini dengan lima orang dalam satu bayaran yang sama sahaja.

Terdapat juga jenis pelan yang lain bagi individu dengan RM19.90 sebulan atau keluarga dengan RM39.90 sebulan. Kedua-dua pelan menawarkan akses kepada empat servis dengan masing-masing mendapat storan iCloud+ 50GB dan 200GB.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen