Apple Watch iOS iPhone watchOS

Ciri Mengesan Kemalangan Pada Apple Watch Dan iPhone Sedang Dibangunkan


Apple Watch Series 4 dan seterusnya sedia maklum mempunyai ciri mengesan jatuh yang membantu menyelamatkan nyawa si pemakai setelah jatuh. Terdapat juga kes kemalangan basikal yang berlaku dan peranti ini terus melaporkan dan memanggil kenalan kecemasan yang didaftarkan di bawah Medical ID.

Apple kini dilihat sedang membangunkan ciri yang boleh mengesan kemalangan pada peranti Apple Watch dan iPhone. Menurut laporan oleh Wall Street Journal, peranti ini berfungsi dengan mengesan pecutan graviti yang meningkat secara tinggi melalui sensor akselerometer misalnya. Sekiranya tiada maklum balas langsung oleh pemakai, talian kecemasan akan dihubungi dengan pemberian lokasi GPS.

Laporan itu juga menyebut Apple kini mempunyai lebih 10 juta laporan berkaitan dengan kemalangan kenderaan di mana sejumlah 50 ribu menghubungi talian kecemasan 911 secara automatik. Dengan maklumat awanama ini, Apple telah menggunakannya untuk menambahbaik ciri mengesan kemalangan supaya lebih tepat.

Apple dijangka melancarkan ciri ini pada tahun hadapan melalui iOS 16 dan watchOS 9.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen