Apple One

Apple One Premier Dengan Storan 2TB Pada RM69.90 Sebulan Kini Boleh Dilanggan di Malaysia


Selain daripada pelan Apple Fitness+, pelan Apple One yang lebih besar kini juga ditawarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia. Apple One Premier menawarkan sejumlah akses kepada servis Apple yang lain termasuklah storan awan iCloud+ yang besar.

Dengan RM69.90 sebulan, pengguna bakal mendapat akses kepada lima servis langganan Apple yang lain Apple Music, Apple TV+, Apple Fitness+, Apple Arcade dan storan awan iCloud+ sebanyak 2TB. Selain itu,  pengguna boleh berkongsikan pelan ini dengan lima orang yang lain dalam satu bayaran yang sama sahaja tanpa sebarang caj tambahan.

Terdapat juga jenis pelan yang lain bagi individu dengan RM19.90 sebulan atau keluarga dengan RM39.90 sebulan. Kedua-dua pelan menawarkan akses kepada empat servis dengan masing-masing mendapat storan iCloud+ 50GB dan 200GB.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen